Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel masa depan

berhenti kerja

nampaknya aku telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.  sudah tak ada minat. sudah tak ada persefahaman.  apa pelan aku untuk masa hadapan? setakat ini, aku harus rawat hati aku dahulu. aku tak tahu berapa lama masa akan diambil. mungkin untuk waktu yang panjang? tidak pasti. ada masalah-masalah dasar yang harus aku leraikan dahulu. semoga aku diberikan kemudahan.

perancangan masa hadapan

sering aku terfikir. apa yang aku sebenarnya mahu capai? apa yang aku mahu lakukan? apa yang membuatkan aku gembira? selama ini aku gambarkan, ianya wang, wang dan wang. aku masih belum jumpa jawapannya. jika aku ditakdirkan untuk:  - tidak mampu untuk bekerja lagi - tidak mahu bekerja lagi apa aku punya plan B? Apa wang yang ada sekarang ini cukup untuk menempuhi hari-hari mendatang? ekonomi bukan sentiasa stabil. inflasi yang tinggi melanda dunia. apa yang aku simpan selama ini, tak akan punya nilai yang sama lagi di masa mendatang. jika benar aku terlepas bersendiri,  apa aku mampu?  apa aku berani? apa aku berkelana ini, hanya betul-betul sementara? apa panggilan-panggilan di fikiran aku selama ini, akan menjadi realiti? apa memang aku ini tidak mampu untuk mencapai sesuatu yang luar biasa?