Catatan

berhenti kerja

nampaknya aku telah membuat keputusan untuk berhenti kerja.  sudah tak ada minat. sudah tak ada persefahaman.  apa pelan aku untuk masa hadapan? setakat ini, aku harus rawat hati aku dahulu. aku tak tahu berapa lama masa akan diambil. mungkin untuk waktu yang panjang? tidak pasti. ada masalah-masalah dasar yang harus aku leraikan dahulu. semoga aku diberikan kemudahan.

kaki repot

kau jangan main-main eh. bukan hanya pakcik-makcik-atuk-nenek jerman sahaja yang kaki repot. orang muda pun kaki repot jugak.  jadi, jaga-jaga lah diri sendiri dekat tempat kerja tu. jangan mudah percaya dengan orang sekeliling. penjarakan itu masih diperlukan.

perancangan masa hadapan

sering aku terfikir. apa yang aku sebenarnya mahu capai? apa yang aku mahu lakukan? apa yang membuatkan aku gembira? selama ini aku gambarkan, ianya wang, wang dan wang. aku masih belum jumpa jawapannya. jika aku ditakdirkan untuk:  - tidak mampu untuk bekerja lagi - tidak mahu bekerja lagi apa aku punya plan B? Apa wang yang ada sekarang ini cukup untuk menempuhi hari-hari mendatang? ekonomi bukan sentiasa stabil. inflasi yang tinggi melanda dunia. apa yang aku simpan selama ini, tak akan punya nilai yang sama lagi di masa mendatang. jika benar aku terlepas bersendiri,  apa aku mampu?  apa aku berani? apa aku berkelana ini, hanya betul-betul sementara? apa panggilan-panggilan di fikiran aku selama ini, akan menjadi realiti? apa memang aku ini tidak mampu untuk mencapai sesuatu yang luar biasa?

Masalah di tempat kerja

aku mempunyai permasalahan di tempat kerja. aku datang kerja lambat. seharusnya, aku balik pun lambat bagi mencukupkan waktu kerja yang ditetapkan sebanyak 39 jam seminggu. namun aku merasa satu beban yang besar untuk mencukupkan waktu kerja ini. aku ada masalah dengan bos aku. dia tidaklah garang dan tidaklah juga biadab. tetapi dia sangat seperti orang jerman. aku berasa berat nak selalu ikut kata dia. dan, bagi orang jerman pula, aku tidak tahu apa persepsi mereka terhadap orang yang bersikap seperti aku - kurang melawan dan tidak begitu hebat melontarkan pendapat secara yakin.  esok aku dipanggil oleh dia untuk satu perbincangan. mengenai fenomena aku datang kerja lambat dan pernah tertinggal beberapa mesyuarat sebelum ini. aku risau. aku pasti akan gagap. aku pasti akan tidak mampu memberi alasan. kerana alasan sebenar aku tidak kukuh. apa yang akan berlaku di dalam perbincangan ini? adakah aku akan diambil tindakan tata-tertib? ekonomi sedang di ambang merudum ni. adakah ini ...

Cubaan 1, 2

Ini adalah cubaan.