Masalah di tempat kerja

aku mempunyai permasalahan di tempat kerja.

aku datang kerja lambat. seharusnya, aku balik pun lambat bagi mencukupkan waktu kerja yang ditetapkan sebanyak 39 jam seminggu. namun aku merasa satu beban yang besar untuk mencukupkan waktu kerja ini.

aku ada masalah dengan bos aku. dia tidaklah garang dan tidaklah juga biadab. tetapi dia sangat seperti orang jerman. aku berasa berat nak selalu ikut kata dia. dan, bagi orang jerman pula, aku tidak tahu apa persepsi mereka terhadap orang yang bersikap seperti aku - kurang melawan dan tidak begitu hebat melontarkan pendapat secara yakin. 

esok aku dipanggil oleh dia untuk satu perbincangan. mengenai fenomena aku datang kerja lambat dan pernah tertinggal beberapa mesyuarat sebelum ini.

aku risau.

aku pasti akan gagap. aku pasti akan tidak mampu memberi alasan. kerana alasan sebenar aku tidak kukuh.

apa yang akan berlaku di dalam perbincangan ini? adakah aku akan diambil tindakan tata-tertib? ekonomi sedang di ambang merudum ni. adakah ini natijah yang aku inginkan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

kaki repot

perancangan masa hadapan